We narrate unto thee their story with truth. Lo! they were young men who believed in their Lord, and We increased them in guidance. AKahfi | 13

May 27, 2012

Saat Lafaz Sakinah

Assalamualaikum..




Pagi ini saja buka video-video nasyid di youtube sambil kemas bilik. Tiba-tiba terbuka lagu ni. Automatik air mata meluncur laju laju. Teringat sangat pada Ayah di rumah. Saya dah cuba kawal perasaan tapi masih juga tak tahan. Terus ambil telefon call Ayah, tapi adik yang angkat. Ayah takde. Letak je telefon, menangis lagi.

Kesian baby.. Ibu bukan sedih.. Cuma teringat kat tok ki je. Teringat dan rindu sangat. Teringat kasih sayang tok ki dari kecil sampai sekarang. Tapi apakan daya. Dia jauh di mata. Sangat jarang dapat jumpa..

Takpe..Nanti ibu kenalkan baby pada tok ki ye. Cepat besar sihat dan soleh, InsyaAllah..


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Jangan lupa doakan mereka setiap hari, setiap kali lepas solat.

Semoga Allah menyayangi kita semua, Ameen..

March 27, 2012

Nikmatnya Nasi + Kicap!

Assalamualaikum!

MashaAllah.. Selepas hampir dua minggu hilang selera makan, hari ni tercuba makan nasi putih dengan kicap dan ayam goreng. Dengan tidak disangka-sangka, suapan pertama leads to another suapans dan seterusnya. Kalau tidak, semua makanan yang dipandang akan membuatkan tekak jadi kembang semacam, dan akhirnya masuk ke mulut sesuap dua sahaja..


kicap
nasi putih
                       







"Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan.."



Mohon doa dari teman-teman semua agar saya kembali sihat. Bila hilang selera makan, badan jadi tak bertenaga, jadi akal pun tak berapa cergas nak menulis... Setiap masa rasa loya, dan kalau ada makanan yang tak kena dengan perut, maka terkeluar lah balik semuanya..

Apapun saya harap saya terus redha dan ikhlas..Takpe lah susah sikit. Harapnya tak lama.. Bak kata mak, kesusahan inilah yang meningkatkan darjat seorang ibu. ^___^


Hajat doa dari kalian..
Agar saya dapat meneruskan masters dengan baik. Sekarang ni semua terbengkalai, nak mengadap buku timbun-timbun dah jauh sekali. Kalau laa supervisor saya tau yang progress kerja saya SANGAT LAMBAT sekarang ni........ Hmmm....

Benar-benar berdoa agar dikembalikan kesihatan.. Yang penting tak lagi menyusahkan hati suami serta keluarga yang jauh, dan tidak menyusahkan sahabat baik a.k.a. rumet saya yang dah banyak membantu...  TERIMA KASIH BANYAK BANYAK ATAS SOKONGAN DAN BANTUAN KALIAN!

Hanya Allah yang mampu membalasnya..

Wallahualam.













***Excuse my language as I've stopped writing untuk masa yang agak lama....

February 27, 2012

Segenggam Tabah

Assalamualaikum!

Hampir sebulan meninggalkan dunia study, saya terpaksa harus reset kembali minda dan jiwa. Pulang dengan separuh jiwa yang tertinggal membuatkan hubungan dengan Allah lebih erat. Benarlah Allah tak pernah meninggalkan kita. Kutinggalkan separuh jiwa lagi kepada Allah, agak dilindungi kami dari musibah, fitnah dan kesusahan. Semoga Allah memberi kami apa yang kami mampu menggalasnya.

Kuliyah bermula hari ini, maka jiwa perlu dimantapkan.Refresh! Refresh! Kalau perlu, restart je balik. ^^

Segala milik kita adalah pemberian dan pinjaman daripada Allah s.w.t. maka serahkan kepada Allah untuk menjaganya. Serahkan pada Allah untuk mengurusnya. Yang penting, kita jaga hak-hak Allah, Allah akan menjaga kita.

Solat awal waktu, tadarus dan tadabur Al Quran, ma'thurat,, qiyamullail,  memperhalusi akhlak adalah antara hak-hakNya yang perlu dijaga. Siapa pun boleh bercakap tentang ini, tapi mereka yang benar-benar kuat sahaja mampu istiqamah melakukannya.



Semoga kita diberi kekuatan dan keberkatan. Ameen!

February 1, 2012

Introducing my new family

Starting 23rd January 2012;



Semoga diredhai & diberkati. Ameen.. Doakan kami!

December 30, 2011

Ayuh habiskan sem pertama dengan bergaya!

Assalamualaikum

Khas buat sahabat-sahabat Misdev 11 yang saya kasihi;

Tok Ketua Wafdi
Ajarn Hanif
Cikgu Abdullah
Pak Haris
Kak Ida
Kak Limoh
Mama Azreen
Kak Nora
Kak Kiena
Kak Timah
Kak Noha
Mamarazzi Intan
Yusra
Adik Kecik Wiwi
Im Solehah
Ain
Zainab
Mus Ustazah Pilihan

Menjelang peperiksaan, mungkin pelbagai ujian Allah turunkan. Setiap ujian kita berbeza, mungkin diuji dengan masalah kesihatan, anak-anak, pekerjaan, dan sebagainya. Tetapi sumber pertolongan kita hanya satu, Allah s.w.t.

Saya doakan Allah melapangkan dada dan memudahkan perjalanan kita hingga sampai kepada peperiksaan akhir nanti.

Terima kasih atas bantuan, perhatian dan sokongan semua.

Maaf kalau ada silap dan salah saya.

Selamat mengulangkaji. Belajar bukan dengan bergantung kepada usaha kita semata-mata, tetapi semuanya dipulangkan kepada Allah s.w.t. Pergantungan 100% amat penting supaya hasil peperiksaan kita nanti bukan sekadar mendapat markah di atas kertas, tetapi juga mendapat markah dari Allah s.w.t, insyaAllah.

Yang kita kejar pertamanya adalah Mardhatillah, kemudian barulah falah. ('',)




Ayuh habiskan sem pertama dengan bergaya! ^___~

December 19, 2011

My First Hero

Assalamualaikum

Bicara saya kali ini adalah tentang insan yang bernama AYAH. Ya, selama ini kami amat meletakkan mak di mata kami di tempat pertama. Bukan kata tak sayang ayah. SAYANG. Tapi seperti kata hadith Nabi, ibumu, ibumu, ibumu..

Tapi kini saya baru sedar.....

Dari kecil lagi, walaupun kami 10 beradik hadir dalam perangai yang pelbagai dan kerenah yang pelik-pelik, tapi ajaib.. Saya tak pernah merasa kurang perhatian dari ayah. 

Secara zahirnya, ayah seorang yang bermuka serious. Tapi bila bersama anak-anak, lebih-lebih lagi apabila ada cucu-cucu sekarang, ayah seorang yang sangat penyayang, dan kelakar.

Bayangkan ayah mendidik kami 4 anak lelaki dan 6 anak perempuannya. 6 orang anak perempuannya ni pula masing-masing manja dan mengada-ngada. Ada yang tak boleh ditinggal, kena bawak je kalau nak pegi mana-mana. Ada yang masa kecik tak suka potong kuku, ayah pun pujuk jugak la sampai terpotong jugak kuku. 

Saya ingat pernah jari saya dimasuki selumbar. Kecil lagi masa tu. Walaupun sakit, tapi saya takut bila ayah nak keluarkan selumbar tu sebab takut akan lebih sakit. Saya lari keluar rumah. Berapa lama ayah pujuk, masa tu dah masuk maghrib. bila dah penat, akhirnya saya menyerah. Kesian ayah.

Bila kami pindah ke Kuantan, umur saya 7 tahun. Bermula episod saya dan penyakit alergik dengan sekolah. Sejak hari pertama hantar sekolah, tak tahu apa yang saya takutkan. Saya tak nak masuk kelas. Macam pelajar lain. Ayah saya terpaksa tunggu. Mesti ayah malu dengan cikgu-cikgu dan pengetua sekolah. Saya tak ingat berapa buah sekolah ayah saya terpaksa tukarkan saya. Dari sebuah sekolah ke sekolah yang lain. Semua saya tak nak pegi. Macam-macam alasan saya beri.

Ada sekali saya terbangun awal pagi. Semua masih tidur. Dah tau pagi tu mesti kena pegi sekolah, saya senyap-senyap keluar bilik dan menyorok bawah katil. Saya kecil je. jadi saya agak mesti depa susah nak nampak saya kat bawah katil tu. Memang betul, pagi tu kalut satu rumah cari saya. Akhir sekali kakak saya nampak dan bagitahu ayah. "Ayah, ni dah jumpa!" Erk!! Sebab terlalu takut, saya buat-buat macam baru bangun tidur. Terkulat-kulat keluar dari bawah katil. Dengan muka yang sangat hipokrit, saya tenyeh-tenyeh mata sambil kata; "Nape ni?". Ayah tanya kenapa duduk sini? Saya jawab, "Mana orang tahu, mimpi kot..." (Mungkin maksud saya masa tu nak bagitahu yang saya tak sedar, mengigau dan tiba-tiba dah ada bawah katil."
Jahatnya saya!

Kisah taknak pegi sekolah tak berakhir di situ. Mak, ayah, kakak-kakak dan abang-abang habis cara agaknya nak 'sekolahkan' saya. Nasihat elok-elok sudah, marah sudah, kena pulau dengan mak sudah, semua tak jalan. Malah pernah pengetua sekolah pun ajak masuk bilik dia, bagi main lego dan puzzle untuk pujuk saya lepaskan ayah balik. Tabah la pulak saya ni bab-bab macam ni. Hmmm...

Akhirnya saya terang-terangan mengamuk tak nak ke sekolah. Kesian abang saya yang sekolah sekali masa tu. Dia lah tukang kejar, dia lah tukang jawab dengan cikgu, dia lah tukang saspen bila saya hilang, dia lah tukang galas beg saya yang besar gabak.. Pernah sekali saya tak nak sekolah, saya keluar masa waktu rehat. Azam nak jalan kaki balik rumah. Tak tahu datang dari mana keberanian tu. Saspen jugak masa tu, takut cikgu nampak. Saya lari cepat-cepat dan mungkin balasan dari Allah, 'Buk!' Saya jatuh!. Kain terkoyak kat lutut. Berdarah. Sakit. Jengket-jengket patah balik. Sambil tahan sakit, terserempak abang saya di kantin. Saya tipu dia kononnya terjatuh. Tak bagitahu pun nak lari.
Sekali lagi, jahatmya saya!

Akhirnya Allah beri hidayah, selepas beberapa bulan lari dan taknak pegi sekolah, pintu hati terbuka jugak untuk bertaubat. Saya pun pergi sekolah dengan normal, seperti kanak-kanak lain.. As simple as that. Seronok berkawan dan belajar. Takde la macam orang alergik gatal-gatal kalau pergi sekolah! Dapat tak bayangkan usaha dan pening penat ayah fikir masalah saya seorang. Belum pun 9 anaknya yang lain.

Banyak lagi kejahatan dan kenakalan saya yang lain. Nak cerita tak kan habis. Sampai besar pun, kerenah kami ayah masih tabah tangani. Nak sekolahkan 10 orang anak, nak tanggung makan dan pakai kami. Nak bina sebuah rumah yang selesa dan dipenuhi dengan kasih saynag untuk kami. Nak didik kami 10 orang menjadi anak yang patuh, pelajar yang gigih, Muslim yang baik, suami yang bertanggungjawab dan isteri yang solehah. Bukan senang.

Ayah juga yang urus kemasukan universiti, bayaran yuran, menenangkan bila ada masalah dengan exam, beri motivasi bila rasa down. Ayah usaha bermacam cara asallkan anak-anaknya jadi individu yang bertanggungjawab pada keluarga, kawan-kawan, agama dan pada diri sendiri. Ayah tak jemu. Apatah lagi bila anak-anak nak kawen, ayah carikan yang terbaik. Dan tetap bersemangat uruskan kami. Selama lebih 30 tahun menjalani tanggungjawab ini dengan bantuan mak di sisi, ayah dan mak memang insan yang hebat. Mereka tiada tandingan.

Saat menulis, hati saya penuh hiba. Saya tak pandai bertentang mata dengan ayah, menyatakan betapa saya berdosa dengan semua kerenah saya selama ni. Betapa tak tertanding balasan saya untuk tebus semua yang ayah dah beri. Betapa ayah tidak sama dengan yang lainnya. Betapa semua yang telah ayah lakukan untuk kami, adalah sesuatu yang amat tidak tertandingi..

Air mata tak berhenti saat saya fikir suatu hari saya akan jadi milik orang lain. Segala penat lelah ayah, adalah untuk beri saya kepada seorang lelaki lain. Hati memberontak mengatakan ini tak adil untuk ayah. Saya belum sempat mengabdikan diri, harta, tenaga dan kasih sayang untuk  ayah. Tapi saya perlu beri semua itu kepada seorang yang lain. Saya perlu menyerahkan ketaatan saya kepada orang lain, bukan ayah di tempat teratas.

Jadi segala penat jerih ayah selama ini mahu saya campakkan ke mana?? Logik akal mendahului iman.


Saat Lafaz Sakinah

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu

Bahagia kami dari redhamu



Tiada redha ayah, tiadalah bahagia saya.

Saya mohon ampun sejujurnya dari AYAH, hero pertama dan selamanya. 

Saya menyanjung tinggi ayah, semoga Allah memberi balasan syurga pada ayah. Jika Allah membawa saya sebagai saksi amalan ayah nanti, saya mohon Allah bersihkan setiap titik dosanya. Saya mahu jadi saksi betapa besar pahalanya. Hingga kami terdidik menjadi 'manusia'. Agar ayah terus mencium dan menjejak syurga kerana jerih pedihnya untuk anak-anak sangat tak ternilai. Bagi saya, pengorbanan ayah lebih baik dari dunia dan seisinya.

Ampunkan,

Atas setiap titik dosa dan keterlanjuran. 

Moga ayah redha dengan anak-anak. Ini juga suara hati kami sepuluh beradik. Buat hero kami yang terhebat. Allah telah mentakdirkan aturannya seperti itu.Semoga suami kami nanti turut menyayangi ayah, seperti hati kami ingin lebih menyayangi ayah.






Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 
atas didikan mereka padaku 
dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir 
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. 
Siapa tahu hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. 
Kerana kita menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. 
Istighfarlah, Istighfarlah. .. 

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. 
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan dan mendoakannya.
 Percayalah bahawa anak yang derhaka 
siksanya didahulukan didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Ayah Juara;
Susuk ini bahkan tidak dapat diganti oleh ibu yang baik sekalipun.
-Dr Muhammad Yusuf Efendi


p/s:
Mak, kalau terbaca jangan kecil hati. Mak pun girlfriend pertama kami. 
Primadona Saloma pujaan hati kami =)

Playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com